fbpx

Nasib 35,000 guru KAFA akan dibela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BUKIT GANTANG – Kerajaan akan membela nasib 35,000 guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) daripada segi elaun dan cuti bersalin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, langkah itu bagi memberikan pembelaan kepada guru-guru yang berkenaan.

“Kita buat rayuan kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan Insya-Allah kita cuba. Itu semua kena ikut peraturan. Bukan bermakna kita tidak mahu jaga guru KAFA,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Sungai Petai di sini hari ini.

Idris (kanan) melihat barangan yang dijual dalam Program Jualan Bergerak Bantu Rakyat di Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang hari ini

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff yang mengatakan pihaknya menangguhkan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh kepada guru KAFA sebagai mematuhi saranan dan pandangan MOF.

MOF pada 6 Julai lalu mengeluarkan pandangan bahawa pelaksanaan kemudahan bersalin tersebut adalah tidak sesuai buat masa ini kerana kedudukan status perjawatan guru KAFA.

Justeru, Jakim mengeluarkan arahan penangguhan kemudahan cuti bersalin berelaun penuh kepada guru KAFA wanita pada 21 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI