fbpx

Kutipan Mat Kilau cecah RM90 juta, padam rekod Avengers: Endgame

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL YUSOF menjelaskan dia mengikut gerak hati untuk menghasilkan sesebuah filem, bukan undang-undang yang yang kononnya 'ditetapkan' sesiapa.

PETALING JAYA – Kutipan filem epik mega, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mencetuskan fenomena terus melonjak apabila jualan tiket mencecah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei.

Secara tidak langsung, naskah dengan bajet RM8 juta itu memadamkan rekod filem blockbuster Hollywood, Avengers: Endgame yang sebelum ini mencatat kutipan tertinggi di Malaysia sebanyak RM87 juta.

“Dengan izin Allah Mat Kilau raih RM 90 juta dalam masa 33 hari menjadi filem box office Malaysia tertinggi tempatan dan antarabangsa selepas Munafik 2 dan Avengers End Game.

“Hanya air mata syukur. Tiada kata melainkan alhamdulillah. Saya dan seluruh pasukan amat terharu dengan sokongan ramai.

“Mengejutkan lagi apabila Mat Kilau menjadi filem No 1 dalam carta Box Office mingguan untuk lima minggu berturut-turut mengenepikan filem besar Hollywood!

“Terima kasih penonton masih terus beri kepercayaan pada karya kali ini dan ke semua filem saya sebelumnya. Sejak dari filem pertama hinggalah sekarang. Insya-Allah moga terus diberi ilham untuk filem akan datang,” katanya.

Sutradara berusia 38 tahun itu berkata sudah terbukti filem Melayu masih boleh berdiri di bumi sendiri andai naskah yang dihasilkan berkualiti dan menepati cita rasa penonton.

“Ini harapan baru sinema tempatan dan buat semua anak seni tanah air. Ayuh semua pengkarya filem, ayuh bersatu demi majukan industri seni Malaysia,” luahnya.

Siapa buat yang buat undang-undang?

Sementara itu, menerusi Instagram Syamsul menyatakan bahawa filemnya bukanlah sebuah filem yang sempurna jika mengikut undang-undang dan peraturan penghasilan sebuah filem.

Namun, akuinya dia sanggup melanggar peraturan demi menggembirakan semua penonton Malaysia.

“Sejarah dan rekod tercipta lagi. Filem No.1 dalam carta Box Office 5 minggu berturut-turut. Ini tak pernah berlaku.

“Filem abang tak sempurna kalau ikut ‘laws & rules of film making’. I break the rules just to please all of you Malaysia Audience.”- tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Menyifatkan seni itu indah dan subjektif, anak penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam itu turut berpendapat penghasil filem seharusnya mengikut kata hati dan bukannya bersandarkan buku semata-mata.

“Sebenarnya siapa yang buat undang-undang pembikinan filem? Maaf bertanya, siapa ya? Saya tak setuju. Seni itu indah dan amat subjektif pada semua.

“Abang tak pandai. Tapi pembikin filem kena ikut kata hati, bukan ikut buku, dan abang percaya, Allahyarham P. Ramlee juga begitu di mana dia berkarya mengikut hati seninya. Jadi, kita belajar apa yang mampu daripada beliau. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu sebanyak 90 peratus jalan cerita dan dialog Mat Kilau telah diolah dan ditulis kembali oleh Syamsul dan Rizal Ashraf, malah rombakan besar turut dilakukan bagi memenuhi keperluan pengkisahan.

Ditayangkan sejak 23 Jun lalu, filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd yang menghidupkan watak pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau ini terus menjadi pilihan penonton.

Selain diterajui Datuk Adi Putra, ia turut menyaksikan gabungan ramai pelakon hebat termasuk Beto Kusyairy, Khir Rahman, Fattah Amin Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI