fbpx

Penempatan bakal jadi nurseri hutan, Orang Asli mahu penempatan tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk Orang Asli etnik Jakun di kawasan penempatan mereka di Kampung Orang Asli Sematau di Jerantut, Pahang.

JERANTUT – Penduduk Orang Asli di Kampung Orang Asli Sematau yang menetap berhampiran Jalan Felda Kota Gelanggi Dua di sini merayu kerajaan negeri menyediakan penempatan tetap agar memberi keselesaan kepada mereka meneruskan kehidupan seharian.

Lebih 10 keluarga yang sudah membuat penempatan di situ sejak 10 tahun lalu terpaksa berhijrah lagi selepas mendakwa diberi notis lisan oleh sebuah agensi kerajaan supaya berpindah kerana lokasi berkenaan akan dijadikan pusat pembenihan atau nurseri pokok hutan.

Bagaimanapun lokasi baharu diarahkan berpindah yang jauh sehingga 10 kilometer ke dalam hutan meresahkan mereka yang sukar untuk keluar bekerja, membeli keperluan harian, menghantar anak-anak ke sekolah dan untuk ke hospital.

Seorang penduduk, Mandor Ibrahim, 47, berkata, mereka bimbang bakal kehilangan punca pendapatan dan memberi kesan kepada keselesaan mereka pada masa hadapan.

“Sekiranya diarahkan berpindah lebih jauh ke dalam hutan, kami berdepan kesukaran keluar bekerja kerana jarak yang jauh malahan ada penduduk yang tidak mempunyai motosikal sudah tentu tidak dapat bekerja.

“Kami sudah menetap lebih 10 tahun di sini, setiap hari kami menunggang motosikal dan ada penduduk yang dijemput oleh majikan untuk bekerja di ladang, kerja pembersihan kawasan dan pembinaan di sekitar Felda Gelanggi, Felda Lepar dan bandar berdekatan,”katanya di sini sini hari ini.

Dalam pada itu seorang wanita Orang Asli, Suhaili Salim, 29, berkata, mereka bimbang jika berpindah ke tempat yang jauh dari jalan menyebabkan kesukaran mendapatkan rawatan khususnya bagi ibu mengandung.

Suhaili berkata, Orang Asli di situ cuma mahu kerajaan bersimpati dengan nasib mereka dengan menyediakan penempatan berdekatan jalan raya serta lokasi jarak dekat bagi memudahkan mencari pekerjaan.

Suhaili berkata, Orang Asli di situ cuma mahu kerajaan bersimpati dengan nasib mereka dengan menyediakan penempatan berdekatan jalan raya serta lokasi jarak dekat bagi memudahkan mencari pekerjaan.

“Bayangkan sekiranya berlaku kecemasan seperti ada dalam kalangan penduduk yang sakit dan ibu yang hendak bersalin, sekiranya penempatan yang jauh dalam hutan sudah tentu mengundang risiko keselamatan keluarga di sini,”katanya.

Sementara itu, remaja Orang Asli, Nani Mandor,18 berkata, dia tidak menghalang usaha agensi kerajaan terbabit membuka pusat nurseri pokok hutan di kampung itu, tetapi perlulah cakna kepada kehidupan penduduk dengan membenarkan tinggal di kawasan hutan berdekatan dengan jalan raya di laluan tersebut.

Katanya, sebagai generasi muda dia tidak mahu lagi mewarisi ‘survival’ berpindah-randah dalam era moden ini.

“Saya dan belia di sini pun keluar bekerja di kawasan Felda dan pasar raya bandar berdekatan, sekiranya diminta berpindah ke lokasi yang agak jauh dalam hutan sudah tentu menyukarkan kehidupan kami pada masa akan datang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI