fbpx

Lelaki menyamar wanita, pakai telekung keluar dari asrama perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helah lelaki tersebut terbongkar apabila dia dilihat berlari lintang-pukang sambil mengangkat kain telekung tersebut. – Instagram @yogyakarta.keras

JAKARTA – Gelagat seorang lelaki di Indonesia yang menyamar sebagai wanita dengan memakai telekung ketika keluar dari bilik asrama perempuan dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV), lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Berdasarkan video yang dikongsi  di laman Instagram, ia memaparkan aksi dua ‘wanita’ yang keluar dari sebuah bilik dan berjalan di ruang hadapan asrama tersebut.

Salah seorang daripada mereka mengenakan pakaian kasual, manakala seorang lagi memakai telekung berwarna gelap.

Kedua-dua mereka berjalan menuruni tangga bersama-sama, namun individu yang memakai telekung dilihat berjalan terlebih dahulu di  hadapan.

Turut dilihat ialah seorang lelaki lain yang diyakini pemilik atau penjaga asrama tersebut sedang duduk di atas kerusi di bahagian hadapan bangunan itu.

Individu yang memakai telekung berjalan seperti biasa sambil menundukkan wajahnya ketika dipandang oleh penjaga asrama berkenaan.

Helahnya itu bagaimanapun berjaya dibongkar apabila rakaman CCTV di sudut lain memaparkan dia sebenarnya seorang lelaki ketika berlari lintang-pukang sambil mengangkat kain telekung tersebut.

Situasi itu jelas memaparkan keadaan kakinya yang merupakan kaki  seorang lelaki.

Menurut laporan, selepas disiasat, dia sebenarnya ialah kekasih kepada wanita yang berjalan bersamanya ketika keluar dari bilik asrama tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Fikir yang positif sahaja, mungkin mereka baru habis melakukan tugasan berkumpulan,” kata seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI