fbpx

Hujan lebat hampir semua kawasan di Selangor, KL, Putrajaya petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hampir seluruh kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mengalami hujan lebat ribut petir berserta angin kencang petang ini.

Menerusi perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keadaan sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Perak Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Kata MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu akan berterusan sehingga ke lewat petang nanti.

“Di Kedah ia melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang ia melibatkan kawasan Seberang Perai Selatan.

“Turut terlibat adalah di Terengganu iaitu di daerah Hulu Terengganu, Marang dan Dungun, manakala di Pahang ia melibatkan kawasan Raub, Bentong, Pekan dan Rompin,”ujarnya.

Cuaca buruk ini juga dijangka berlaku di seluruh Perak, Melaka, manakala di Negeri Sembilan ia melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Bagi negeri Johor pula antara kawasan terlibat, Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Untuk di negeri Sabah ia melibatkan kawasan di Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas), manakala di Sarawak ia melibatkan daerah Limbang,”katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI