fbpx

Harga barangan di Malaysia terendah di ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (berbaju merah) melayani pengunjung yang membeli barangan pada harga lelong di tapak jualan JAKM di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. /FOTO MUSTAQIM MOHAMED

Oleh MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Malaysia mengekalkan rekod sebagai salah sebuah negara yang berjaya mengekalkan kadar harga terendah terutamanya produk barangan makanan dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan laporan daripada Bank Dunia berkenaan program bakul makanan iaitu diet makanan sihat.

Menurutnya, laporan berkenaan menunjukkan perbandingan antara semua negara ASEAN untuk makanan sihat yang cukup bagi satu keluarga dan memenuhi kriteria-kriteria diet sihat mengikut negara.

“Laporan berkenaan meletakkan Malaysia sebagai negara kedua yang mempunyai kadar harga terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN. Ia turut melinatkan tarif elektrik, tarif air, harga minyak masak dan banyak lagi produk makanan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur dan berbangga dengan kejayaan ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program lelong Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Menurut Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, banyak pihak yang cuba mempolitikkan isu harga barangan sehingga menjalankan demonstrasi sedangkan tindakan itu tidak membantu kepada penurunan harga makanan.

Katanya, beliau kecewa apabila pihak tidak bertanggungjawab turut merendahkan usaha kerajaan untuk mengekalkan harga terendah melalui JAKM termasuk oleh Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI