fbpx

Angkara tiada zuriat, ibu mentua hasut anak lelaki kahwin lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita memendam rasa dengan sikap ibu mentua yang melabelnya dengan pelbagai gelaran hanya disebabkan belum dikurniakan zuriat selepas tiga tahun berumah tangga.

Bukan itu sahaja, ibu mentuanya turut menghasut supaya suami wanita itu berkahwin lain untuk mendapatkan anak.

Itu diceritakan oleh peguam syarie, Atikah Abd. Rashid mengenai kisah wanita yang sudah tidak tahan lagi dengan perangai ibu mentuanya.

“Ibu mentua tidak puas hati, macam-macam dilabelnya pada si isteri. Mandul, ada jin, keturunan tidak elok dan pelbagai kata-kata tidak baik.

“Sampai satu tahap menghasut anak lelakinya berkahwin lain untuk dapatkan zuriat. Sudah tidak kisah perasaan menantu perempuannya. Si isteri memendam rasa dan sentiasa sedih dengan kata-kata dan perbuatan ibu mentua,” katanya pada hantaran di laman Facebook.

Beliau berkata, suami wanita itu kadangkala terikut-ikut dengan hasutan ibunya.

“Akhirnya si isteri minta cerai sebab tidak tahan dengan perangai ibu mentua. Ibu mentuanya seronok dan menghasut juga untuk anaknya menceraikan si isteri.

“Namun setelah berkahwin dengan wanita lain, lelaki tersebut tetap tiada anak,” katanya.

Dalam pada itu, Atikah menasihatkan, sebagai ibu atau ahli keluarga supaya tidak menjadi batu api antara pasangan yang berkahwin.

“Biarlah mereka lalui segala onak duri perkahwinan sesama mereka. Anak itu bukan boleh ditempah di kedai tapi rahsia Allah. Bila Allah hendak bagi, Allah bagi dan bila Allah tidak berkehendakkan, maka tiadalah ia,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI