fbpx

30,000 pengunjung dijangka banjiri pesta padi di Kampung Terus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung dari dalam dan luar negara turut hadir memeriahkan Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang yang berlangsung di Kampung Terus, Penanti hari ini.

SEBERANG PERAI – Lebih 30,000 pengunjung dijangka mengunjungi Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0 di Kampung Terus, Penanti di sini yang bermula semalam.

Tinjauan Kosmo! mendapati, orang ramai mula membanjiri perkampungan terbabit seawal pagi untuk menyaksikan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan tarik tali, menangkap ikan dan bola sepak bendang.

Pengerusi Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Norlela Ariffin walau bagaimanapun berkata, pameran arca jerami padi telah menjadi tarikan utama pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke kampung berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 17 pasukan dari pelbagai negeri antaranya Kelantan, Pahang, Perak dan Selangor mempamerkan bakat dan mengerah tenaga menerusi pertandingan membina arca jerami.

“Sebelum ini, hanya penduduk kampung yang menyertainya namun kali ini kita tampilkan kelainan dengan menjemput peserta dari luar negeri untuk sama-sama menonjolkan skil masing-masing.

“Insya-Allah, kita akan bawakan pertandingan ini ke peringkat antarabangsa dengan menjemput peserta dari negara luar seperti Jepun dan Taiwan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata program terbabit dapat merancakkan lagi industri pelancongan di Pulau Pinang.

“Selain itu, ekonomi serta membantu daya saing penduduk kampung turut dapat ditingkatkan,” katanya acara perasmian penutup yang dijangka berlangsung esok akan disempurnakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN