fbpx

Penduduk ‘kahwinkan’ katak untuk minta hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua ekor katak ‘dikahwinkan’ dalam satu majlis menggembirakan dewa hujan. - ANI

NEW DELHI – Dua ekor katak ‘dikahwinkan’ dalam satu ritual di negeri Uttar Pradesh, India sebagai usaha menggembirakan dewa hujan, lapor stesen penyiaran NDTV.

Upacara tersebut diadakan di Gorakhpur dengan kepercayaan ia akan membawa hujan di Uttar Pradesh selepas negeri itu menerima hujan kurang daripada biasa pada musim monsun kali ini.

Orang ramai hadir beramai-ramai untuk menyaksikan ‘perkahwinan’ berkenaan yang diadakan di kuil Kalinari.

“Seluruh kawasan menghadapi situasi seperti kemarau. Lima hari bulan Sawan (sebulan dalam kalendar Hindu) sudah berlalu tetapi tidak ada hujan turun.

“Kami berharap upacara ini  akan berjaya dan hujan akan turun di kawasan yang semakin kering,” kata wakil sebuah persatuan agama  Hindu, Ramakant Verma.

Orang ramai yang hadir menegaskan bahawa upacara itu pasti akan berhasil dan mereka akan mendapat kelegaan daripada cuaca panas terik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI