fbpx

Malaysia mampu jadi perintis rangkaian 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kanan) bersalaman bersama Börje Ekholm (kiri) dalam kunjungan hormat di sini tadi.

PUTRAJAYA- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ericsson Group, Börje Ekholm mengakui Malaysia mampu menjadi perintis kepada pembangunan prasarana dan liputan rangkaian 5G sekali gus berupaya melonjak ekonomi negara ke tahap lebih memberangsangkan.

Keyakinan itu diberikan Börje Ekholm ketika melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini tadi di mana tujuan lain pertemuan tersebut bagi memberikan status terkini pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

Ismail Sabri berkata, beliau sebagai Perdana Menteri memahami bahawa teknologi dan rangkaian 5G memainkan peranan besar dalam melonjakkan daya saing ekonomi serta tahap produktiviti rakyat.

“Pada hari ini saya telah menerima Kunjungan Hormat oleh Börje Ekholm merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ericsson Group bertujuan memberikan status terkini berhubung pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

“Ericsson sendiri mengakui bahawa Malaysia mampu menjadi perintis kepada pembangunan prasarana dan liputan rangkaian 5G,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, rangkaian 5G memainkan peranan besar dalam melonjakkan daya saing ekonomi Malaysia Impak positif yang bakal diterima Keluarga Malaysia selain tahap produktiviti dan nilai tambah industri daripada pelaksanaan teknologi 5G.

“Börje Ekholm telah memberikan komitmen kepada saya setelah 57 tahun Ericsson bertapak di Malaysia, Ericsson akan terus mempergiat aktiviti dan pelaburan di Malaysia,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI