fbpx

Polis kesan pelancong berkelakuan tidak senonoh di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi seorang pelancong tempatan yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh ketika berkunjung ke Pulau Langkawi, baru-baru ini.

LANGKAWI – Polis sedang mengesan seorang pelancong lelaki tempatan yang dipercayai mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di sekitar pulau peranginan di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima satu laporan polis selepas insiden lelaki terbabit duduk di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah tular di media sosial.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu bersama rakan-rakanya merupakan pelancong tempatan dan telah keluar dari Pulau Langkawi.

“Tindakan sedang diambil oleh pihak polis bagi mengesan suspek dan saksi-saksi bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI