fbpx

Pemilik Kelab Komedi Crackhouse akan didakwa di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelab Komedi Crackhouse.

PETALING JAYA – Pemilik Kelab Komedi Crackhouse yang didakwa membuat jenaka mengenai stereotaip kaum akan didakwa di mahkamah esok.

Beliau akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 di Mahkamah Sesyen Jenayah Siber Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi.

Pemilik tersebut akan didakwa susulan video persembahan komedinya yang dikatakan cuba memperlekeh dan berbaur perkauman sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat negara ini.

Pertuduhan tersebut akan dilaksanakan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Terdahulu pada 14 Julai lalu, pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) baru-baru ini.

Sumber memaklumkan, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari di sebuah lokasi di ibu negara dan dia ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI