fbpx

Lelaki dikecam buat lawak isu rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Facebook seorang lelaki yang menjadikan isu rogol sebagai bahan melawak.

PETALING JAYA – Gara-gara memuat naik status melawak berkaitan rogol, seorang lelaki dikecam orang ramai kerana disifatkan kurang ajar kerana memandang remeh jenayah tersebut.

Lebih memalukan, tangkap layar dikongsikan pengguna laman sosial pada biodata Facebook lelaki itu memaparkan dia pengerusi sebuah kem tahfiz.

Antara yang mengecam perbuatan lelaki tersebut ialah Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar yang menegaskan rogol statuori adalah satu jenayah.

“Elemen suka sama suka itu tetap tidak terpakai pada mereka di bawah umur, apatah lagi bila berlaku ‘sexual grooming’ melibatkan orang yang dipercayai,” katanya pada hantaran Facebook.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung pula berkata, sekiranya benar lelaki tersebut adalah pengerusi sebuah tahfiz, hantaran status dibuatnya adalah teramat dukacita.

“Saudara juga merupakan seorang suami dan insya-Allah mungkin juga seorang ayah, tergamak berkata begini? Apa sahaja hubungan seksual dengan individu bawah umur adalah rogol walaupun suka sama suka.

“Isunya bukan sama ada suka sama suka tetapi bagaimana boleh seseorang mempunyai kedudukan dan ilmu agama mengadakan hubungan seksual dengan gadis bawah umur andai suka sama suka sekalipun,” katanya pada hantaran Facebook.

Sementara itu, carian pada Facebook mendapati status tersebut telah dipadam selepas menerima kecaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI