fbpx

Jennie Blackpink seronok berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIE BLACKPINK

NAMPAKNYA tidak lama lagi peminat Jennie Blackpink akan melihat idolanya itu melebarkan sayap dalam bidang lakonan.

Penampilan sulung Jennie dalam dunia lakonan turut disahkan agensi naungannya, YG Entertainment.

“Jennie akan menemui anda semua dalam siri terbaharu HBO terkenal Amerika, The Idol tidak lama lagi,” tulis agensi berkenaan ringkas menerusi satu kenyataan rasmi.

Diterbitkan bersama penyanyi The Weeknd dan pengarah Sam Levinson, The Idol turut dibintangi Lily-Rose Depp, Troye Sivan, Tunde Adebimpe dan ramai lagi.

Mengulas mengenai pengalamannya pertama kali memasuki set lakonan, Jennie benar-benar teruja dan sudah melakukan yang terbaik.

“Sebaik sahaja membaca skrip, saya jatuh hati dengan jalan ceritanya. Saya benar-benar teruja diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada naskhah terbaik ini,” kata

Jennie yang enggan mendedahkan wataknya dalam siri tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI