fbpx

Faizal Azumu jadi ‘hero’ selamatkan Jasmin Suraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu babak yang menampilkan watak Pak Peja yang dilakonkan oleh Faizal Azumu.

PETALING JAYA – Kemunculan watak Pak Peja menerusi drama Ratu Ten Pin 2: Shalin ternyata mengejutkan dan membuatkan orang ramai yang menonton siri drama tersebut kagum.

Apa tidaknya, watak Pak Peja tersebut telah dimainkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Penampilan khas menteri yang lebih diingati dengan gelaran Peja menerusi drama terbitan pelakon hebat Sheila Rusly itu ternyata turut menonjolkan bakat menteri tersebut.

Satu babak yang menjadi teaser drama terbabit, watak Pak Peja bersama pelakon utama, Jasmin Suraya yang memegang watak ratu boling negara, Shalin Zulkifli ternyata menjadi percakapan orang ramai.

Beliau menjadi hero dalam babak tersebut dengan menyelamatkan watak Shalin setelah dibaling telur oleh peminat yang begang dengan prestasi atlet negara itu.

Orang ramai turut memuji bakat yang ditonjolkan oleh menteri kabinet itu dan menyifatkan Peja pandai memainkan emosi penonton dengan kemarahannya dalam babak tersebut.

“Pandai berlakon juga menteri kita ni, betul-betul menjiwai watak. Dulu KJ (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) muncul dalam iklan.

“Kini Peja pula, harapnya teruskanlah muncul dalam drama-drama kita. Penampilan khas begini biasanya ditunggu-tunggu penonton,” jelas Nik Fursh.

“Ya, hebat YB berlakon, betul-betul marah tu. Elok macam ni jugalah marah pada pegawai-pegawai kementerian yang tidak buat kerja selama ini, barulah sukan kita maju,” jelas Rizalman Hassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI