fbpx

Perodua disaran rebut peluang hasilkan kenderaan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kanan) melihat kereta Perodua Alza serba baharu selepas merasmikan gimik pelancaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini. /FOTO FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) disaran meneroka peluang baharu seperti menghasilkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang mampu dimiliki oleh Keluarga Malaysia.

Ini kerana menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga yang bersih serta penyediaan stesen pengecas kenderaan elektronik yang secukupnya.

Oleh itu kata beliau, kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk memperkenalkan kadar caj yang mampu dilanggani semua.

“Malah, syarikat telekomunikasi negara seperti Telekom Malaysia juga dapat membuka kerjasama dengan kedua-dua pihak ini untuk menyediakan pakej data yang mampu memudahkan pengguna membuat tempahan caj kenderaan secara dalam talian.

“Kerjasama pintar seperti ini perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi kesan perubahan iklim yang melanda dunia. Selain itu, perjanjian antara syarikat ini juga dapat menjamin kelestarian dan pembangunan negara yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Perodua Alza Serba Baharu di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga sedia berbincang dengan pihak swasta untuk memastikan dasar atau inisiatif yang diperkenalkan bersesuaian dengan hala tuju negara.

Jelasnya, beliau telah meminta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak dalam wilayah Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) untuk membangunkan sebuah pusat latihan dan penyelidikan iaitu Center of Advanced Automative Research and Training (CAART). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI