JIKA bagi selebriti lain, populariti itu satu pencapaian, aktor filem terlaris dalam sejarah, Adi Putra pula menyifat populariti sebagai satu ujian. Sebagai benteng hati, hero Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu menjadikan rukun Islam sebagai pendinding diri berdepan dambaan ramai. Bukan tidak pernah aktor handalan, Datuk Adi Putra menjulang fenomena menerusi naskhah-naskhah popular yang menonjolkan pesona seorang hero dalam dirinya. Selain cukup terkenal dengan watak ikonik Jai dalam francais KL Gangster, aktor kelahiran Singapura itu turut mencandu khalayak, khususnya wanita menerusi……