fbpx

Sasaran 6 pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (tengah) bersama wakil Kontinjen Malaysia pada majlis Penyerahan Jalur Gemilang ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur semalam. - AMIR KHALID

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu mengumumkan sasaran baharu enam emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Menurutnya, sasaran baharu itu adalah realisitik susulan beberapa faktor yang menimpa atlet-atlet negara.

“Sasaran tujuh pingat emas sebelum ini terpaksa dilihat semula memandangkan atlet Lee Zi Jia yang disasarkan memenangi pingat emas dalam acara Badminton Perseorangan Lelaki telah menarik diri daripada menyertai Sukan Komanwel kali ini.

“Sementara itu, bintang skuasy negara, S. Sivasangari mengalami kemalangan dan menyebabkan sasaran pingat emas dalam acara beregu wanita terpaksa dikaji semula.

” Justeru itu, pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) , Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) telah mengadakan perbincangan sekali lagi bagi melihat semula sasaran yang ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontingen Malaysia ke Sukan Komanwel Ke-22 di Hotel Grand Hyatt di Kuala Lumpur d sini harini ini.

Tambahnya, beberapa sukan dikategorikan sebagai calon memenangi emas berdasarkan prestasi semasa atlet-atlet negara.

“Berdasarkan perkembangan terkini prestasi atlet negara, enam pingat emas yang disasarkan adalah sukan akuatik terjun, angkat berat, badminton, gimrama, lawn bowl dan powerlifting,” ujarnya.

Kontinjen Malaysia diketuai Chef de Mission (CDM), Datuk Shahrul Zaman Yahya dan akan diwakili 105 atlet dengan menyertai 14 jenis sukan termasuk empat sukan para. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN