fbpx

Polis Perak terima laporan rogol babitkan penceramah bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PARIT – Polis Perak mengesahkan ada menerima laporan kejadian rogol membabitkan penceramah bebas bergelar ustaz yang telah ditahan di Selangor, semalam.

Difahamkan, laporan polis itu dibuat di Ipoh kelmarin oleh remaja perempuan berusia 14 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan lanjut akan dijalankan ke atas suspek berikutan aduan yang diterima daripada mangsa.

“Ada satu laporan polis diterima di sini (Perak) dan kita sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Lelaki itu sudah ditahan di Selangor dan besar kemungkinan suspek akan diserahkan kepada kontinjen Perak untuk kita meneruskan siasatan bagi laporan polis yang diterima di sini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja Ketua Polis Perak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30 tahun ditahan semalam, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor bagi membantu siasatan kes rogol remaja berusia 14 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI