fbpx

Penceramah bebas dicekup bantu siasatan rogol gadis bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas bergelar ustaz dicekup selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di negeri ini.

Lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada pukul 4.50 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, penahanan itu dilakukan susulan laporan polis berkaitan kes rogol dibuat mangsa pada pukul 11.15 malam, Sabtu lalu.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berkenalan dengan suspek pada Mei tahun lalu. Mereka melakukan hubungan intim beberapa kali di lokasi berbeza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek kini direman selama lima hari sehingga 23 Julai ini selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Besar.

Siasatan lanjut ke atas penceramah itu sedang dijalankan.

Sasikala memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Setakat ini, empat kertas siasatan dibuka iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur serta Perak.

“Kesemua siasatan melibatkan remaja perempuan yang sama,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI