fbpx

Nani dedah gagal pujuk Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO masih berteka-teki mengenai masa depannya di Old Trafford selepas timbulnya spekulasi penghijrahan keluar dari United. – AFP

MANCHESTER – Masa depan Cristiano Ronaldo di Manchester United masih menjadi tanda tanya, malah kapten Portugal itu turut mengambil sikap berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan.

Bekas rakan sepasukannya, Nani juga mendedahkan yang beliau berdepan kesukaran untuk menghubungi pemain itu walaupun mereka dilabel sebagai sahabat karib apabila Ro­naldo terus mengunci mulut, malah langsung tidak melayan panggilan telefonnya.

“Kami tidak berhubung ke­rana ketika dia sedang bercuti, dia pasti tidak akan menjawab sebarang pangilan telefon daripada sesiapa pun. Saya cuba bercakap dengannya, namun dia mengatakan sedang sibuk,” katanya.

Sebelum ini, Ronaldo meluah­kan hasratnya untuk meninggalkan Old Trafford bagi mencari kelab yang boleh menawarkan peluang buatnya beraksi di Liga Juara-Juara.

Walaupun berdepan kesukaran dan berlakunya run­dingan antara pemilik Chelsea, Todd Boehly bersama ejen Ro­naldo, Jorge Mendes, Nani yang menyertai United pada 2007, tetap berharap pemenang ­Ballon d’Or lima kali itu terus kekal menyarung jersi The Red Devils, musim depan.

“Saya harap dia kekal. Dia adalah pemain penting dan seorang yang sentiasa mampu menghadirkan kelainan,” katanya.

United kini sedang berada dalam proses transformasi di bawah pengendali baharu, Erik Ten Hag dan Nani juga percaya, pengurus dari Belanda itu mampu menghadirkan peningkatan buat pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI