fbpx

YGMB serah khairat kematian kepada waris guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUN Mohd. Salim Tun Ibrahim (tiga dari kiri) menyampaikan khairat kematian YGMB kepada Tuan Kamariah Raja Yusof sambil diperhatikan Datuk Wan Munadi Wan Mamat (kiri).

KUALA NERUS – Waris seorang guru yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Mei lalu terharu menerima khairat kematian berjumlah RM27,009.46 daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini.

Wan Mohd. Azizi Wan Isa, 44, memberitahu, wang khairat kematian isterinya, Sukeriah Mat Jusoh, 45, tersebut akan digunakan sebagai tabung pendidikan buat empat orang anak berusia tujuh hingga 18 tahun.

Beliau berkata, arwah isterinya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah khas di Kuala Terengganu telah meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi 13 Mei lalu.

“Arwah isteri (Sukeriah) terkena serangan jantung sewaktu berada di rumah kami di Kampung Merchang, Marang.

“Isteri saya memang menghidap penyakit jantung sejak tahun 2018 namun keadaannya tidak serius sehingga kematian mengejutnya pada lebih dua bulan lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat, berkata, pihaknya turut menyampaikan faedah khairat kematian kepada seorang lagi waris ahli Skim 18, semalam.

Sumbangan RM28,022.32 itu diberikan kepada Asohan Embong, 50, suami kepada Allahyarhamah Noor Azuan Abdul Rahman yang meninggal dunia 5 April lalu akibat sakit jantung.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI