fbpx

Pasangan kekasih kagum, terkejut temui pisang terbesar di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan itu menikmati buah pisang bersama-sama. – Caters News

LONDON – Sepasang kekasih menyatakan bahawa mereka menemui pisang terbesar di dunia yang dianggarkan mempunyai berat mencecah 3 kilogram, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Menurut mereka, pisang itu memiliki panjang 35.56 sentimeter. 

Gabriella Testa, 22, dan teman lelakinya, Ollie Porceddu, 25, perlukan masa dua hari untuk menghabiskan pisang tersebut.

Pasangan itu dalam percutian di Borneo apabila mereka menemui buah raksasa tersebut. Panjang pisang itu kata Porceddu, adalah menyamai lengannya.

Pisang bersaiz biasa mempunyai panjang sekitar 20 sentimeter dan berat kira-kira 120 gram sahaja. 

“Apabila mula-mula melihat pisang itu, kami hanya mampu memandang antara satu sama lain.

“Ia sejujurnya mempunyai rasa yang tiada beza dengan pisang kecil yang dimakan Porceddu. Namun, saiznya sungguh besar lantas pelik.

“Kami makan keseluruhan pisang itu. Kami berdua mengambil masa dua hari untuk menghabiskannya sehingga terlalu kenyang pada waktu malam,” kata Testa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI