fbpx

Lelaki bakar kedai dan rosakkan kereta ditahan, positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kamera litar tertutup menyaksikan suspek membakar kaunter bayaran sebuah kedai makan di Bukit Serdang di Rompin.

ROMPIN – Tindakan seorang lelaki yang bertindak membakar kaunter sebuah kedai makan dan merosakkan sebuah kereta menggunakan sabit membawa padah apabila ditahan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd. Azahari Mukhtar berkata, suspek yang berumur 35 tahun ditahan di sebuah rumah di Perumahan Banjir di sini kira-kira pukul 5 petang Jumaat lalu.

“Suspek ditahan reman sehingga 20 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat harta benda.

“Suspek yang menghidapi penyakit Bipolar Disorders juga disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana didapati positif dadah,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Azahari dalam kejadian pada 15 Julai lalu suspek dilaporkan datang ke sebuah kedai makan di Bukit Serdang di sini dan membakar kaunter pembayaran kedai tersebut.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek kelihatan meluru masuk ke kedai berkenaan dan mencurahkan minyak sebelum membakar kaunter pembayaran itu.

Katanya, sebelum itu pada 14 Julai, suspek juga telah merosakkan kenderaan menggunakan sebilah sabit di Balai Cukai Balak Hutan du Jalan Selendang-Berabong di sini – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI