fbpx

Chris Hemsworth tak makan daging demi adegan cium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRIS HEMSWORTH

ADEGAN berciuman antara aktor Chris Hemsworth dengan Natalie Portman menerusi filem Thor: Love and Thunder menjadi bualan hangat netizen kerana mereka dikatakan serasi untuk menjadi pasangan kekasih dalam kehidupan nyata.

Bagaimanapun, di sebalik keberkesanan adegan berkenaan, terdapat kisah menarik yang dikongsikan Portman apabila mendedahkan Hemsworth terpaksa ‘berehat’ seketika daripada menikmati hidangan daging untuk menjayakan aksi tersebut.

Alasannya, aktor berusia 38 tahun itu mahu menghormati Portman sebagai seorang pengamal sayur-sayuran (vegetarian).

“Saya seorang pengamal sayur-sayuran.

“Jadi ketika hari kami berdua perlu melakukan adegan ciuman, dia (Hemsworth) sama sekali tidak menjamah hidangan berdaging kerana menghormati saya,” katanya.

Tindakan Hemsworth mendapat pujian daripada Portman apabila menyifatkan lelaki itu bersikap ‘gentleman’ walaupun mempunyai personaliti ‘menakutkan’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI