fbpx

Rozali sah hasrat bertanding di Kuala Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozali (empat kanan) bersama dengan semua peserta SUKAF itu

KUALA SELANGOR – Presiden Gabungan Wawasan Ge­nerasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail mengesahkan hasrat untuk bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keinginan itu dinyatakan beliau atas tiket Parti Keluarga Felda SeMalaysia (PKFM) yang bakal ditubuhkan kelak atau sebagai calon bebas.

Rozali, 64, berkata matlamat utama beliau mahu membela nasib dan mengangkat suara peneroka terutama  masyarakat Felda di negara ini.

“Sebagai contoh, kawasan Kuala Selangor sebahagiannya wujud dari Felda Bukit Cherakah dan saya sendiri memajukan Bandar Puncak Alam ini atas tanah Felda itu sejak 15 tahun lalu.

“Justeru, saya jika diizinkan Allah akan bertanding sama ada di DUN atau Parlimen daerah ini pada pilihan raya nanti,” katanya selepas merasmikan Karnival Sukan Antara Fasa Bandar Puncak Alam (SUKAF) 2022 di Masjid Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

Jelas beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd., pihaknya dijangka menghantar borang pendaftaran PKFM kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bulan depan.

Kata Rozali, pihaknya terkilan kerana tiada wakil belia peneroka di Dewan Negara sedangkan Felda menyumbang pendapatan besar kepada negara.

“Keadaan itu menunjukkan bahawa kerajaan tidak menghargai jasa dan pengorbanan peneroka selepas lebih 60 tahun membangunkan industri sawit dan pengeksport terbesar di dunia.

“Ia menjadi antara faktor utama penubuhan PKFM yang turut bakal disertai peneroka berkelayakan dan berjaya dalam pelbagai bidang seperti tokoh korporat, pegawai bank, doktor dan jurutera,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PKFM yang bernaung di bawah GWGF menyasarkan bertanding sekurang-kurangnya 43 kerusi Parlimen di rancangan Felda seluruh negara pada PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI