fbpx

Pesawat kargo terhempas disahkan bawa bekalan senjata, 8 kru terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serpihan badan pesawat Antonov An-12 dirakam di lokasi nahas di Kavala, Greece, hari ini. - AFP

ATHENS, GREECE – Kesemua lapan kru pesawat kargo yang terhempas berhampiran bandar Kavala di Greece disahkan meninggal dunia, kata Menteri Pertahanan Serbia hari ini.

Pesawat Antonov An-12 yang dikendalikan Ukraine itu dilaporkan membawa periuk api dan sekitar 11 tan senjata ke Bangladesh ketika ia terhempas malam semalam, kata menteri bagi kementerian berkenaan, Nebojsa Stefanovic.

Beberapa video yang dikongsikan saksi di media sosial menunjukkan pesawat berkenaan dipenuhi ‘bebola api gergasi’ ketika ia terhempas ke tanah.

“Saya menjangkakan bahawa kru-kru pesawat itu merupakan rakyat Ukraine namun tidak mempunyai maklumat lanjut mengenainya. Mereka bukan penduduk Serbia,” ujar Stefanovic dalam satu sidang akhbar.

Pesawat tersebut telah berlepas dari lapangan terbang Nis di Serbia kira-kira pukul 8.40 malam (waktu tempatan) semalam, dengan membawa muatan senjata milik sebuah syarikat swasta dari Serbia, Valir.

Ekoran itu, pihak berkuasa Greece menggunakan dron untuk memantau keadaan pesawat terbabit berikutan kebimbangan mengenai bahaya kandungan muatannya.

Pasukan tentera, pakar-pakar letupan dan Suruhanjaya Tenaga Atom Greece pula hanya akan menghampiri lokasi pesawat tersebut selepas ia disahkan selamat.

Pegawai jabatan bomba, Marios Apostolidis berkata, anggota daripada perkhidmatan bomba dengan peralatan khas menghampiri lokasi nahas serta menilai keadaan serpihan badan pesawat.

“Apabila kawasan itu disahkan selamat, pasukan mencari dan menyelamat memulakan operasi mereka,” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI