fbpx

Lelaki positif dadah salahkan layanan mesra wanita di pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Meng Seah (dua dari kanan) memeriksa pasport wanita warga asing di sebuah premis hiburan di Bandar Hilir, Melaka, awal pagi tadi. FOTO AMRAN MULUP

MELAKA – Seorang lelaki memberi alasan kononnya tindakan ‘bermesra’ seorang wanita menjadi punca dia positif dadah jenis methamphetamine dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan bermula pukul 12.30 malam itu, lelaki berusia 25 tahun terbabit antara tujuh yang dicekup dalam Operasi Bersepadu Khas Maksiat Kontinjen Melaka diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah.

Hasil soal siasat di lokasi, lelaki berkenaan memberitahu pihak polis bahawa dia berada di bawah pengaruh dadah disebabkan layanan mesra wanita di pusat hiburan tersebut.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata, pemuda tersebut bagaimanapun telah ditahan bersama-sama dua lagi lelaki dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

“Dalam operasi itu, pasukan polis menahan turun menahan dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 50 selepas dikesan positif dadah dan seorang penjaga pusat hiburan berusia 42 tahun.

“Selain itu, empat wanita warga asing berusia antara 31 hingga 38 tahun juga ditahan kerana melakukan kesalahan menyalahguna pas lawatan sosial serta permit,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, dalam operasi berakhir pukul 3.30 pagi itu, polis telah memeriksa seramai 312 pelanggan membabitkan 195 lelaki warga tempatan, 112 wanita tempatan serta lima wanita warga asing.

“Sepanjang Januari hingga Jun tahun ini, kita juga telah melakukan 56 serbuan dan berjaya menangkap 195 individu.

“Sebanyak 42 orang berjaya dituduh di mahkamah manakala 13 lagi masih dalam peringkat siasatan bagi tujuan pertuduhan,” katanya.

Jelasnya, dua lelaki yang dicekup positif dadah dalam operasi awal pagi tadi akan disiasat nengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala penjaga premis dan wanita ditahan mengikut Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI