fbpx

Jenazah bapa muda Muhamad Eizreel selamat dikebumi malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Muhammad Eizreel selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara di sini malam tadi

GEORGE TOWN – Jenazah rakan pasangan kembar yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lebih lima motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, menghala ke pusat bandar ini pagi tadi, Muhammad Eizreel Muhamad Roszadi, 25 selamat dikebumi malam tadi.

Bapa kepada dua cahaya mata iaitu Nur Qisya Eizreel, 8, dan Nur Diyana Mikayla, 4, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Sungai Ara kira-kira pukul 10 malam.

Pasangan kembar tersebut ialah Muhamad Shazwan Hakim, 22, juga maut maut di tempat kejadian dan Muhamad Shazwan Hafis, 22, mengalami cedera parah.

Dianggarkan lebih 150 rakan dan sanak-saudara hadir mengiringi jenazah Muhamad Eizreel yang juga anak sulung daripada dua beradik itu.

Isterinya, Norhanazielah Hanazi, 28, berkata, dia reda dengan pemergian suaminya meskipun dia kini dalam keadaan sarat mengandung sembilan bulan.

“Bertambah sedih apabila melihat anak-anak kecil menangis bila beritahu yang bapa mereka sudah tiada,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini.

Terdahulu, kemalangan yang kira-kira pukul 4.30 pagi itu melibatkan empat maut manakala tiga lagi mengalami kecederaan.

Mangsa lain yang terkorban dalam nahas terbabit ialah Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul ,19 dan Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI