fbpx

Dua maut Proton Wira terbabas jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA mayat mangsa kemalangan di Kilometer 14.3 Lebuh Raya Iskandar Sultan, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Dua maut manakala dua yang lain cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terjatuh ke dalam longkang berisi air di Kilometer 14.3 Lebuh Raya Iskandar Sultan, di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, kemalangan berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 2.05 pagi.

Menurut beliau, Mangsa

“Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas kenderaan jenis Proton Wira dinaiki mereka melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke dalam longkang dipenuhi air menyebabkan kereta terbabit tenggelam.

“Mangsa maut merupakan pemandu dan penumpang hadapan kenderaan yang berusia 18 tahun masing-masing, manakala dua penumpang belakang iaitu seorang lelaki berusia 16 tahun dan seorang perempuan berusia 15 tahun cedera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Rupiah, kedua-dua mangsa yang maut dikeluarkan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia manakala dua penumpang belakang kenderaan telah berjaya mengeluarkan diri.

“Penumpang lelaki yang cedera mengalami patah kaki di bahagian peha kanan manakala penumpang perempuan cedera di bahagian kepala dan paru-paru.

“Kedua-dua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Johar memberitahu, seramai 11 pegawai dan anggota beserta lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian yang berhampiran dengan Hotel Tune, Danga Bay. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI