fbpx

PDRM gesa orang ramai tidak sertai perhimpunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang aktiviti perhimpunan yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Terdahulu, PDRM mengesan sebaran video di media sosial yang mengajak orang ramai untuk menyertai aktiviti flashmob atau perhimpunan di seluruh negara bagi membantah kenaikan harga barang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tegas akan diambil PDRM terhadap mana-mana penganjur perhimpunan atau peserta yang gagal mematuhi undang-undang.

“PDRM akan memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas.

“Pada masa sama, masyarakat diminta memberi kerjasama dengan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI