fbpx
MBAPPE (kanan) menjadi pemain termahal di dunia ketika ini selepas menandatangani kontrak baharu dengan PSG sehingga 2025. – AFP

Nilai semasa Mbappe cecah RM1.02 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe kembali menghuni ranking pertama carta pemain paling berharga di dunia dengan nilai pasaran ­semasa menakjubkan iaitu €230 juta (RM1.02 bilion).

Nilai itu melebihi jumlah €80 juta (RM356.87 juta) meninggalkan pencabar terdekat di tangga kedua iaitu penyerang baharu Manchester City, Erling Haaland dengan harga semasa €143 juta (RM637.91 juta).

Kedudukan ranking daripada Football Benchmark itu berdasarkan penilaian semasa yang digunakan untuk memantau ­harga pasaran lebih 8,300 pemain dalam 15 liga terbaik di ­seluruh dunia.

Menurut Football Benchmark, Mbappe menjadi pemain ­paling mahal di dunia ketika ini selepas melanjutkan kontraknya ­bersama PSG sehingga 2025 selain ­faktor umurnya yang baru berusia 23 tahun.

Tempat ketiga menjadi milik seorang lagi bintang muda City, Phil Foden yang dianggarkan mempunyai nilai semasa €140 juta (RM624.53 juta).

Selain itu, pemain sayap lincah Real Madrid, Vinicius Ju­nior antara yang menunjukkan peningkatan mendadak sejak ­Februari lalu apabila kini bernilai lebih dua kali ganda jika diban­dingkan dengan permulaan ­saingan musim lalu.

Situasi sama turut ditunjukkan pemain tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham apabila nilai pasarannya meningkat sebanyak €40 juta (RM178.44 juta) dan melonjak ke ranking ­kelima di belakang Mbappe, Haaland, Foden dan Vinicius.

Melengkapkan lima lagi senarai 10 teratas ialah pertahanan kiri berpengaruh Liverpool, Trent Alexander-Arnold, Pedri (Barcelona), Ruben Dias (City), Bruno Fernandes (Manchester United) dan Harry Kane (Tottenham Hotspur). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN