fbpx

New York bandar kedua paling kotor di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbunan sampah berbau busuk di kaki lima menjadi faktor penyumbang kedudukan New York sebagai bandar raya kedua paling kotor di dunia. - Getty Images

MANHATTAN – Satu tinjauan pendapat terbaharu menyenaraikan New York sebagai bandar kedua paling kotor di dunia, antaranya berpunca daripada kehadiran tikus secara berleluasa dan timbunan sampah berbau busuk, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Bandar Gotham di negeri Illinois menduduki tempat ketiga, manakala ibu kota Itali, Rom menduduki tempat pertama sekali gus bandar paling kotor di Planet Bumi.

Pendedahan tersebut dibuat menerusi tinjauan oleh majalah Time Out dan melibatkan lebih 27,000 responden di seluruh dunia.

Sikap pengotor penduduk New York membuang sampah di kaki-kaki lima jalan mengundang kepada pembiakan tikus yang tidak terkawal.

Situasi itu menyumbang kepada reputasi buruk New York yang terkenal dengan jolokan bermaksud ‘Bandar Yang Tidak Pernah Bersih’.

Pada April lalu, Datuk Bandar New York, Eric Adams mengumumkan akan meletakkan tong-tong sampah besar baharu di kesemua lima daerah di New York bagi menangani masalah longgokan sampah.

Inisiatif itu dilakukan selepas longgokan sampah menarik kehadiran lalat serta kutu selain bau sampah meloyakan dan diburukkan lagi oleh cuaca melam­pau semasa musim panas.

New York turut membelanjakan sebanyak AS$11 juta (RM48.9 juta) untuk membeli kende­raan penyapu jalan baharu yang sesuai dengan ruang kecil seperti lorong basikal untuk mengurangkan sampah sarap di bandar raya itu dengan lebih berkesan.

Dalam pada itu, kaji selidik sama turut menyenaraikan ibu negara Sweden, Stockholm yang mempunyai populasi kira-kira satu perlapan daripada penduduk New York atau bersamaan sejuta orang, sebagai bandar pa­ling bersih di dunia diikuti oleh Dubai dan Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI