fbpx

KKM, IKU turun padang tinjau kesihatan Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin menyampaikan anugerah Anak Malaysia Sihat kepada anak-anak Orang Asli pada Majlis Pelancaran Tinjauan Kesihatan Orang Asli di Dewan Komuniti Sahom, Kampar hari ini.

KAMPAR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan tinjauan kesihatan di 71 lokasi terpilih bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli dalam keadaan baik.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Institut Kesihatan Umum (IKU) dan KKM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menjadi pihak bertanggungjawab bagi menjalankan Tinjauan Kesihatan Orang Asli (OAHS) berkenaan.

Katanya, lokasi perkampungan dipilih secara rawak itu mewakili tiga kaum utama iaitu Senoi, Melayu-Proto dan Negrito dari lapan buah negeri di Semenanjung Malaysia.

“Tinjauan kesihatan yang dijalankan ini akan menemu ramah lebih 20,000 responden Orang Asli untuk tempoh tiga bulan bermula 13 Julai lalu hingga 13 September 2022.

“Tinjauan ini dilaksanakan di 71 perkampungan Orang Asli di kawasan bandar, pinggiran dan pedalaman, melibatkan 4,700 buah rumah,” katanya pada sidang akhbar ketika menghadiri Majlis Perlancaran Tinjauan Kesihatan Orang Asli di Dewan Komuniti Sahom di sini hari ini.

Menurut Khairy Jamaluddin, sebelum ini IKU telah menjalankan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dilaksanakan secara berkala melibatkan penduduk di seluruh Malaysia.

“Dapatan dari NHMS menunjukkan peningkatan pelbagai masalah kesihatan penduduk Malaysia seperti masalah diabetes, obesiti dan sebagainya.

“Bagaimanapun, masalah kesihatan secara terperinci dalam kalangan masyarakat Orang Asli tidak dapat diperolehi daripada NHMS kerana jumlah Orang Asli yang terlibat dalam NHMS agak terhad,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI