fbpx

Isu lewat serah kunci rumah akibat masalah dalaman SPNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnah Hussin berdiri dihadapan pintu pagar yang ditutup di pangsapuri yang terbengkalai dan masih belum diduduki sejak 13 tahun lalu di Taman Molek Perdana, Plentong, Johor Bahru. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

PETALING JAYA – Isu kelewatan serahan kunci kepada pembeli kediaman Pangsapuri Taman Seri Molek Perdana, Plentong, Johor bukanlah disebabkan urusan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), sebaliknya berpunca daripada masalah dalaman Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

TNB dalam kenyataan berkata, berikutan salah faham itu, satu pertemuan antara TNB dan SPNB telah diadakan bagi mendapatkan pencerahan.

“Dalam pertemuan tersebut, pihak SPNB telah memohon maaf atas kesilapan perkongsian maklumat kepada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

“Mereka memaklumkan punca kelewatan serahan kunci sebenarnya akibat masalah dalaman SPNB dengan pihak kontraktor utama projek,” katanya.

Dalam pada itu, TNB telah mencadangkan agar pihak SPNB berbincang semula dengan kontraktor berkenaan supaya dokumen yang perlu berserta deposit dapat dimajukan kepada TNB bagi pemasangan meter elektrik untuk projek ini dilaksanakan dengan kadar segera.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 972 pembeli kediaman Pangsapuri Taman Seri Molek Perdana tidak lagi dapat menahan sabar ekoran terpaksa menunggu selama 13 tahun namun rumah yang dibeli masih belum dapat diduduki.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor, SPNB memaklumkan fasa dua projek pangsapuri itu sepatutnya diserahkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada 31 Disember tahun lalu namun mengalami kelewatan serahan kunci akibat urusan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI