fbpx

[VIDEO] Penolong Pengarah JPN Kelantan maut dirempuh ketika berjalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta jenis Perodua Myvi selepas merempuh seorang pejalan kaki di, Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh dekat Padang Kala, Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta semasa sedang berjalan kaki di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh dekat Padang Kala di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, mangsa, Nik Mohd.Hisham Mohamed Nor, 45, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diseret kereta jenis Perodua Myvi sejauh 29 meter ke bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang berjalan kaki di tepi jalan dari arah Sekolah Kebangsaan Padang Kala di sini menghala ke rumah sepupunya yang terletak di seberang jalan.

Menurutnya, ketika itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun percayai merempuh mangsa dari arah belakang.

“Insiden itu menyebabkan mangsa diseret sejauh 29 meter ke bahu jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, ujian saringan air kencing terhadap pemandu kereta dan seorang penumpang berusia 24 tahun mendapati mereka negatif dadah.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, kemalangan dipercayai berpunca kecuaian pemandu yang leka dan memandu secara tidak berhemah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI