fbpx

Terpaksa tinggal kekasih di tepi jalan selepas positif ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditahan penguat kuasa AADK selepas dikesan positif dadah dalam sekatan jalan raya di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka, malam tadi.

MELAKA – Seorang lelaki terpaksa meninggalkan teman wanitanya di tepi jalan selepas dia ditahan penguat kuasa dalam sekatan jalan raya di Jalan Syed Abdul Aziz di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 28 tahun itu antara enam individu yang ditahan selepas saringan ujian air kencing dikesan positif dadah dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif berkata, operasi selama empat jam berakhir pukul 12 tengah malam itu diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2022.

Katanya, hasil pemeriksaan, sebanyak 920 buah kenderaan diperiksa dengan 50 individu termasuk pemandu dan penumpang diarahkan untuk membuat saringan air kencing.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 332 buah kenderaan telah dikenakan tindakan saman dan enam individu ditahan oleh penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri selepas dikesan positif dadah.

“Turut ditahan sebuah kereta dinaiki sepasang kekasih dan pemandu lelaki berusia 28 tahun itu didapati positif ganja, manakala teman wanitanya negatif,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat operasi di sini, malam tadi.

Pemerhatian pemberita di lokasi mendapati, teman wanita lelaki itu turut merayu kepada penguat kuasa untuk melepaskan kekasihnya dengan alasan tidak mempunyai kenderaan pulang ke rumah di Masjid Tanah, Alor Gajah.

Wanita dalam lingkungan usia 30-an itu dilihat terus berlegar di lokasi sehingga operasi tamat pada pukul 12 tengah malam dan cuba meminta beberapa penguat kuasa untuk menghantarnya pulang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI