fbpx

Sindiket edar dadah bernilai RM8.07 juta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pelbagai jenis dadah yang dirampas menerusi lima serbuan polis pada 8 Julai lalu

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM8.07 juta  selepas menahan 11 individu menerusi lima serbuan di sekitar Lembah Klang pada 8 Julai lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Selangor dan Kuala Lumpur.

“Hasil serbuan polis berjaya menahan 11 ahli sindiket berusia lingkungan 22 hingga 38 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah.

“Polis turut merampas 141.4 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah termasuk ketamin (106.3kg), pil eramin 5 (18.6kg) dan pil ekstasi seberat 16.5kg,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noorsiah berkata, sindiket yang mula aktif sejak Februari lalu itu menjadikan premis kediaman sebagai tempat memproses dan stor simpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang.

“Hasil semakan turut mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

“Kesemua suspek ditahan direman selama tujuh hari bermula 9 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI