fbpx

Haram bagi upah daging korban kepada tukang sembelih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Haram hukumnya jika memberi upah daripada bahagian daging ibadah korban kepada tukang sembelih haiwan selepas ibadah tersebut selesai.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus.

Jelasnya ambil upah daging ketika mengerjakan ibadah korban adalah haram kecuali upah tersebut berbentuk duit.

“Hukumnya memang haram, sekarang ni ada orang panggil tukang sembelih buat pula satu bekas lagi menjadikan lapan bahagian bertujuan untuk memberi upah kepada tukang sembelih itu tadi.

“Kata Saidina Ali, nabi pernah wakilkan aku untuk menguruskan ibadah korban nabi dan nabi berpesan jangan bagi sedikit pun daging kepada tukang lapah dan sembelih.

“Saidina Ali berkata upah yang diberikan adalah dari harta kami yang lain (duit),” jelasnya melalui satu ceramah baru-baru ini.

Tambah Azhar, jika kita panggil tukang lapah atau sembelih jangan sesekali memberi upah dari daging korban, boleh beri upah dalam bentuk duit.

“Jika panggil tukang lapah dan sembelih ni untuk seekor RM70, kumpul RM10 seorang, jika tujuh bahagian maka cukuplah RM70.

“Kalau tukang sembelih itu minta lebih, dia pula kita korbankan,” selorohnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI