fbpx
IMPAK drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen jadi kegilaan wanita.

Demam, ramai nak jadi isteri Meerqeen!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INGATKAN selepas demam filem Mat Kilau , demam terhadap drama Melur Untuk Firdaus beransur tamat, rupa-rupanya sangkaan Mizz Lahar meleset sama sekali.

Sebelum ini memang drama tersebut terutama pelakon utamanya, Meerqeen dan Anna Jobling popular sehingga negara lain seperti Indonesia dan Filipina tetapi ada pula yang jejaka tersebut menjadi calon suami mereka.

Membelek satu per satu komen dalam Instagram Meerqeen, memang ramai yang menggelarnya sebagai suami dan memanggilnya dengan panggilan sayang.

Mungkin hati mereka terlalu cair dengan lakonan bekas peserta Hero Remaja berkenaan.

Rata-rata yang membanjiri ruangan komen Meerqeen ialah peminat dari Indonesia.

“Ya Tuhan suamiku,” komen seorang peminat wanitanya.

“Meerqeen kahwini saya,” kata seorang lagi netizen.

Nampaknya Meerqeen antara pelakon lelaki paling dikehendaki peminat wanita ketika ini mungkin inilah yang dinamakan rezeki terpijak.

MIZZ LAHAR: Filem Musyrik masuk panggung ketika Mat Kilau sedang meledak. Percubaan yang berani. Jom, kita sokong filem lokal!

POPULAR