fbpx

Suspek bunuh abang, kakak ipar didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh esok.

IPOH – Penganggur yang ditahan berkaitan kes bunuh abang dan kakak iparnya di Taman Bercham Aman dekat sini Khamis lalu, akan dituduh di Mahkamah Majistret esok.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek berusia 61 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kertas siasatan telah dimajukan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Perak dan kita telah mendapat arahan tuduh ke atas suspek bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, suspek sebelum ini direman selama tujuh hari yang akan berakhir esok.

Menerusi laporan Kosmo! Khamis lalu, mayat suami isteri berusia 64 dan 59 tahun itu dijumpai dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan parah di kepala di ruang tamu rumah.

Mayat kedua-dua mangsa dijumpai oleh abang kepada si mati lelaki pada pukul 8.50 pagi.

Suspek yang melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Saga milik kakak iparnya itu bagaimanapun berjaya diberkas di sebuah hotel di Genting Highlands pada pukul 7.45 malam, hari sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI