fbpx

Berita palsu! Kamu semua kena tipu – Noh Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH SALLEH dan isterinya, Mizz Nina.

PETALING JAYA – “Entahlah, tiada komen. Korang (kamu) semua kena tipu. Berita palsu. Anda semua kena tipu. Good luck.”

Demikian tegas penyanyi Noh Salleh berhubung spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina yang hangat diperkatakan di sebuah laman sembang sebagai berita palsu.

Kata vokalis kumpulan Hujan itu, dia baru saja dimaklumkan wakil syarikat pengurusannya berkenaan desas-desus tersebut.

“Saya sendiri pun baru tahu hari ini. Itu pun dimaklumkan Joe (pihak pengurusan) tadi. Tak sangka ada cerita begini pula yang timbul,” katanya kepada Kosmo! Online.

Noh, 37, ditemui pada sidang media konsert 3 Generasi Noh Salleh, Spider dan XPDC yang diadakan di Kuala Lumpur, di sini.

Enggan memanjangkan isu berkenaan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pagi Yang Gelap Hujan itu bagaimanapun kembali memulangkan paku buah keras apabila menuding kesalahan kepada media yang disifatkan gemar fokus terhadap kisah peribadi berbanding kerjaya.

“Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan. Saya faham kelemahan media kita, lagi fokus pada benda merepek.

“Pada saya hal peribadi adalah peribadi, saya keluar untuk menonjolkan karya saya dan seni saya, bukan jual kisah peribadi saya,” katanya.

Gosip rumah tangga Noh dan Nina juga seorang aktivis kemanusiaan dikatakan bermasalah apabila beberapa ruangan sembang online mendakwa pasangan itu jarang dilihat bersama.

Malah baru-baru ini Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, dikatakan ke luar negara serta bercuti di sebuah pulau tanpa kehadiran suami.

Sementara itu mengulas tentang anak angkatnya, Musa yang sudah mencecah tujuh bulan, kata Noh kasih sayang terhadap permata hati mereka itu dirasai sangat berbeza.

“Apabila ada anak sayang itu di tahap berbeza. Saya baru sedar mengenai perkara itu.

“Sekarang ini lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa anak untuk lakukan pemeriksaan.

“Perkara yang membimbangkan kami adalah kesihatannya terutama dalam situasi Covid-19 yang masih ada kini ,” ulasnya.

Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Noh dan Nina mendirikan rumahtangga pada 1 Julai 2011 namun belum dikurniakan rezeki mempunyai zuriat sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI