fbpx

Akaun Instagram Aaisyah disekat, Che Ta akur tapi sedih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHA TA bersama anaknya, Aaisyah.

PETALING JAYA – Pelakon Rozita Che Wan akur akaun Instagram anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang sebelum ini mengumpul lebih 1.5 juta pengikut ditarik balik pihak pengurusan platform tersebut.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta berkata, penarikan akaun Instagram Aaisyah  berlaku susulan pengendali plaftorm media sosial tersebut melarang individu berusia kurang daripada 12 tahun menggunakannya.

“Rasa sedih tetapi tidak mengapalah. Bukan rezeki hendak dapatkan semula akaun Instagram anak saya. Akaun itu sudah hilang terus dan tak akan dapat dikembalikan semula.

“Macam-macam usaha termasuk berhubung dengan pengendali platform itu, namun kesudahannya hampa dan sedih.

“Sebenarnya, akaun Aaisyah diambil semula oleh pihak Instagram Mei lalu. Mereka fikir Aaisyah yang uruskan sendiri akaun berkenaan.

“Silap saya yang tidak nyatakan akaun terbabit diurus dan dipantau ibu atau bapa dalam ruangan profil,” katanya.

Tambah Che Ta, dia mula sedar tidak dapat mengakses akaun anaknya itu sejak Aidilfitri lalu.

“Ketika hendak muat naik foto Aidilfitri bersama keluarga, saya berdepan kesukaran melakukannya. Berkali-kali cuba, tetapi tetap gagal.

“Ketika itu, pihak Instagram meminta untuk masukkan tarikh lahir Aaisyah. Selepas berbuat demikian, terus akaunnya disekat dan diterima notifikasi menyatakan kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenar menggunakan Instagram,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu mengakui, dia begitu ralat kerana semua gambar yang dimuat naik hilang begitu saja.

“Saya tidak peduli mengenai jumlah pengikut. Kalau dapat tebus balik akaun tersebut dengan tiada pengikut, asalkan gambar yang dimuat naik masih ada.

“Instagram Aaisyah umpama jurnal bergerak yang merakamkan aktiviti dan kenangan kami semua. Banyak foto Aaisyah sudah tiada dalam simpanan saya,” katanya.

Terdahulu, Che Ta memutuskan untuk membuka akaun Instagram baharu untuk Aaisyah selepas akaun asalnya tidak dapat diakses semula.

Terkini, akaun terbaru yang menggunakan nama @aaisyahdhiaranaofficial kini sudah diikuti hampir 400,000 pengikut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI