fbpx

2,345 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 2,345 kes dilaporkan semalam.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini  kembali menunjukkan trend penurunan apabila sebanyak 2,345 kes dilaporkan semalam termasuk tiga kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,562,925 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,384 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,529,201.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi  iaitu sebanyak 767 diikuti Selangor (650), Sabah (177), Perak (172), Negeri Sembilan (122), Pulau Pinang (97), Putrajaya (86) dan Johor (83).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Melaka (61), Sarawak (49), Kedah (46), Pahang (45), Kelantan (25), Terengganu (18), Labuan (4) dan Perlis (3),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak empat kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35, 819.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,596 setakat ini.

Sebanyak 34, 411 kes dikuarantin di rumah, 21 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,232 kes di hospital, 21!kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 31 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI