fbpx

Lelaki berdepan detik cemas disamun dua lelaki bersenjata pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bermotosikal di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak arah selatan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian sekitar pukul 11.45 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 32 tahun berada di kawasan tempat letak kereta.

Katanya, dua lelaki memakai topi keledar penutup penuh dan bersenjata pisau telah menghampiri mangsa sebelum melarikan wang tunai dan telefon bimbitnya.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu namun mangsa mengalami kerugian RM1,500.

“Pihak polis sedang mengesan suspek terlibat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular beberapa rakaman audio dipercayai oleh mangsa yang mendakwa dia disamun ketika sedang menuju ke tandas sambil mendukung anaknya.

Menurut lelaki itu, suspek mengacukan pisau kepada anaknya menyebabkan mangsa menyerahkan beg sandang yang mengandungi dokumen peribadi dan wang.

Mangsa mendakwa suspek menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 yang tidak mempunyai nombor pendaftaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI