fbpx

Cubaan Rajapaksa lari ke Dubai gagal, pegawai imigresen enggan cop pasport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 22 November 2019 menunjukkan Gotabaya Rajapaksa (kanan) dan abangnya, Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa. - AFP

COLOMBO – Presiden Gotabaya Rajapaksa yang dijadualkan meletak jawatan esok, dihalang daripada meninggalkan Sri Lanka oleh kakitangan imigresen yang enggan memberikan kerjasama, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP).

Rajapaksa melarikan diri ketika berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasminya Sabtu lalu ekoran berang dengan krisis ekonomi yang menimpa Sri Lanka.

Beliau kemudian bersetuju meletakkan jawatan yang sepatutnya bermula esok untuk memberi laluan kepada peralihan kuasa secara aman.

Rajapaksa yang masih kebal daripada undang-undang kerana belum meletak jawatan secara rasmi, mahu melarikan diri ke Dubai untuk mengelak kemungkinan beliau ditahan, demikian menurut SCMP.

Bagaimanapun, pegawai-pegawai imigresen enggan pergi ke suite VIP untuk mengecap pasportnya. Presiden itu pula enggan mengunjungi terminal awam kerana takut diserang oleh pengunjung lain

Situasi itu menyebabkan Rajapaksa dan isteri terlepas empat penerbangan ke Dubai dan bermalam di sebuah pangkalan tentera bersebelahan lapangan terbang antarabangsa utama Sri Lanka.

Petang semalam, perkara serupa berlaku pada adik Rajapaksa, Basil Rajapaksa yang merupakan bekas menteri kewangan Sri Lanka.

Basil Rajapaksa juga dihalang daripada menaiki penerbangan ke Dubai.

Basil cuba meninggalkan Sri Lanka tetapi pegawai-pegawai imigresen enggan membenarkan beliau menaiki pesawat, lapor akhbar Daily Mirror. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI