fbpx

Batik Air muncul operator pertama guna B737-8 di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat baharu Batik Air mampu terbang sehingga lapan jam tanpa henti.

SEPANG – Setelah hampir sedekad beroperasi di negara ini, Batik Air muncul sebagai syarikat penerbangan tempatan pertama di Malaysia yang menggunakan model terkini Boeing 737-8.

Malahan, operator hibrid yang ditubuhkan di negara ini pada 2012 lalu turut merancang untuk memiliki 17 buah lagi model baharu itu dalam armada pesawatnya menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, mereka amat berbesar hati apabila model itu diberi kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Saya sebenarnya gembira mengumumkan Batik Air berjaya mendapat izin pelepasan operasi nasional daripada CAAM untuk menerbangkan 737-8 di Malaysia dan luar negara.

“Menerusi pelancaran model baharu berkenaan, Batik Air yakin mampu mengangkut sejumlah dua juta penumpang untuk rekod sepanjang tahun ini,” katanya pada Majlis Penjenamaan Semula Batik Air di sini tadi.

Batik Air merupakan subsidiari Lion Air Group yang berpusat di Indonesia, mula beroperasi di negara ini pada 2013 lalu dengan lebih 800 penerbangan seminggu dan meliputi 57 destinasi.

Katanya, Boeing 737-8 amat cekap dari segi penjimatan minyak dan mampu terbang lapan jam tanpa henti selain jadi pilihan lebih 40 syarikat penerbangan seluruh dunia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI