fbpx
Liberty Insurance bakal menjadi entiti besar dalam industri insurans kenderaan bermotor selepas proses pengambilalihan AmGeneral dimuktamadkan.

2021 tahun hebat buat Liberty Insurance

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cadangan Liberty Insurance Berhad (Liberty Insurance) mengambil alih AmGeneral Insurance Bhd. (AmGeneral) baru-baru ini memberi petanda positif kepada Kumpulan untuk mengukuhkan jenama sekali gus terus berdaya saing dalam industri insurans.

Melalui inisiatif syarikat, ia akan membolehkannya menguasai pasaran dan menawarkan lebih banyak produk pada masa depan bagi memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan termasuk daripada golongan B40.

Sehubungan itu, Liberty Insurance telah melancarkan produk insurans mampu milik yang dikenali sebagai Liberty Tenang yang dapat memberi manfaat serta perlindungan yang pelanggan perlukan pada kadar harga yang menarik.

“Di bawah program tersebut terdapat baucar bernilai RM75 telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada mereka yang berada dalam kategori B40 untuk membeli produk Liberty Tenang.

“Produk ini menawarkan pelbagai manfaat dan perlindungan yang lebih luas. Pelanggan boleh memilih perlindungan yang mereka perlukan dengan harga mampu milik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Liberty Insurance, Puneet Pasricha dalam temu bual secara e-mel baru-baru ini.

Selain memfokuskan kepada produk baharu, beliau turut menjelaskan mengenai aspek digital yang dapat meringankan proses, melaksanakan automasi, menaik taraf dan juga meningkatkan produktiviti.

 

KOSMO!: Liberty terkenal dalam segmen motor insurans, berapakah penguasaan pasaran syarikat pada masa sekarang?
Di Liberty Insurance, kami sentiasa berusaha untuk menambah baik diri kami daripada segala aspek dan setelah selesai perancangan kami untuk mengambil alih AmGeneral Insurance Bhd. (AmGeneral) (tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa), kami bakal menjadi syarikat insurans kenderaan bermotor terbesar dan syarikat insurans hartanah dan kasualti ketiga terbesar di pasaran.

Apa faktor kejayaan syarikat berdepan cabaran getir ekoran pandemik Covid-19?
Meskipun 2021 adalah satu tahun yang mencabar, disebabkan sekatan pergerakan tetapi ia juga merupakan satu tahun yang positif bagi kami di Liberty Insurance kerana terdapat banyak perubahan hebat yang boleh di lakukan serta kami dapat membina landasan yang lebih kukuh bagi pihak berkepentingan yang terdiri daripada pekerja, rakan-rakan niaga atau pelanggan kami.

Melalui pelaksanaan penjarakan sosial, pelanggan dan ejen telah merasa semakin selesa dengan interaksi digital iaitu ketika membuat pencarian mengenai insurans, memfailkan tuntutan atau memberi khidmat kepada pelanggan.

Kami telah mencapai satu kejayaan yang amat besar di dalam membangunkan teknologi baharu dengan mengadaptasi teknologi yang sedang berkembang dalam pasaran.

Kami juga memperoleh maklumat yang boleh dilaksanakan hasil dari cerapan data bersama-sama dengan matlamat yang telah ditetapkan bagi mempercepatkan proses pendigitalan dan jangkaan cara bekerja serta interaksi dengan pelanggan, ejen, rakan niaga dan pekerja kami.

Boleh jelaskan lebih lanjut kejayaan lain tahun lalu?
Salah satu fokus utama dan faktor kejayaan pada tahun 2021 adalah Program Transformasi Digital Liberty Mutual atau dikenali sebagai Win With Digital dan bertujuan untuk membo­lehkan segala aspek perniagaan dijalankan secara digital bertujuan untuk memberi manfaat kepada pelanggan, rakan niaga dan pekerja, serta menjadikan digital sebagai satu kelebihan daya saing.

Kami juga berjaya melaksana dan memperkenalkan Virtual Appraisal Tool, yang dimiliki sepenuhnya oleh Liberty Insurance ketika pandemik bermula. Ia merupakan sebuah sistem yang dicipta dengan tujuan untuk mempertingkatkan tahap kepuasan pelanggan, produktiviti, kecekapan tuntutan dan tempoh kelulusan se­perti pengendalian tuntutan segera kami dengan proses penilaian yang dilakukan dengan mudah secara digital.

Ia juga adalah untuk memastikan bayaran tuntutan dapat dilakukan dengan pantas atau kende­raan dapat dibaiki dengan segera. Yang mana pada a­khirnya, memberikan ketenangan minda kepada pelanggan.

Apakah perancangan syarikat pada tahun ini?
Pada penghujung bulan April, kami baru sahaja melancarkan produk Liberty Tenang, yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan kami, selaras dengan inisiatif kebangsaan.

Perlin­dungan Tenang kini adalah lebih mampu untuk dimiliki berban­ding sebelum ini. Produk ini menawarkan pelbagai manfaat dan perlindungan yang lebih luas. Mereka boleh memilih perlin­dungan yang diperlukan dengan harga mampu milik.

Melalui Liberty Tenang, manfaat yang ditawarkan merangkumi risiko seperti kematian dan kecederaan akibat kemalangan. Perlindungan lain seperti kos ambulans, perbelanjaan perubatan hospital serta pendapatan hospital harian akibat kemalangan akan meringankan bebanan kewangan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Perlindungan Tenang, produk tersebut menjadi lebih mampu milik dengan pengecua­lian Cukai Jualan dan Perkhidmatan dan Duti Setem sehingga 31 Disember 2025.

Pemegang polisi Liberty Tenang juga layak untuk mendapatkan tempoh free look selama 15 hari dan tempoh tangguh 30 hari sekiranya pemegang polisi mengubah fikiran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN