fbpx

Terpelanting dua meter ditendang lembu korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahrul Adzli yang terbaring akibat ditendang lembu korban dibantu penduduk kampung di Masjid Kampung Butut, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang petugas lelaki cedera ringan pada bahagian paha kiri selepas ditendang seekor lembu yang sedang diuruskan untuk ibadah korban di Kampung Butut di sini, hari ini.

Sewaktu kejadian pada pukul 11 pagi itu, mangsa, Mohd. Shahrul Adzli Mustaffa, 38, merupakan sukarelawan bagi program Korban Perdana anjuran Masjid Kampung Butut.

Dia berkata, sewaktu kejadian, dia sedang memegang bahagian belakang lembu berkenaan.

“Tanpa diduga, lembu itu bertindak agresif menendang saya sehingga terpelanting sejauh hampir dua meter.

“Saya terbaring sebentar di kawasan berumput. Mujur ada beberapa ahli kariah masjid berpengalaman pantas menenangkan semula lembu terbabit,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Shahrul Adzli berkata, dia bersyukur tidak mengalami kecederaan parah walaupun tubuhnya kini terhincut-hincut akibat amukan lembu terbabit.

Katanya, ini kali pertama dia diserang lembu korban setelah bertahun-tahun secara sukarela menjadi petugas program korban di masjid kampungnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI