fbpx

Ketua Polis Nara pikul tanggungjawab atas pembunuhan Shinzo Abe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onizuka membuat tunduk hormat semasa sidang akhbar mengenai kawalan keselamatan polis semasa kejadian tembakan Shinzo Abe, kelmarin. - Globe Echo

TOKYO – Ketua Polis Bandar Nara menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab penuh atas pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, lapor akhbar New York Post.

“Selepas laporan pertama kejadian itu dikeluarkan pada pukul 11:30 pagi (waktu tempatan) dan apabila situasi di lokasi kejadian terbongkar, ia membangkitkan rasa bersalah teramat dahsyat yang pernah saya tanggung sepanjang 27 tahun berkhidmat dalam sektor penguatkuasaan undang-undang,” kata Ketua Polis Wilayah Nara, Tomoaki Onizuka.

Video pembunuhan yang berlaku pada tengah hari Jumaat lalu memaparkan kurangnya perhatian diberikan kepada ruang terbuka di belakang Abe ketika beliau membuat ucapan kempen menjelang pilihan raya Parlimen yang berlangsung hari ini.

“Saya dapat merasakan kejadian yang menimpa Abe adalah tanggungjawab saya.

 “Kami tidak boleh menafikan bahawa terdapat masalah dengan pelan keselamatan melihatkan bagaimana keadaan berakhir,” ujar Onizuka.

Abe telah ditembak mati dalam satu tindakan keganasan politik yang jarang berlaku di Jepun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI